Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Allah SWT akan menuliskan di antara kedua matanya (tanda) bebas daripada sifat munafik

Teks Bahasa Arab

من صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً؛ صلَّى اللهُ عليهِ عشرًا، ومن صلَّى عليَّ عشرًا؛ صلَّى اللهُ عليه مئةً. ومن صلَّى عليَّ مئةً؛ كتبَ اللهُ بينَ عينَيهِ: براءةً من النفاقِ، وبراءةً من النارِ، وأسكنهُ اللهُ يومَ القيامةِ معَ الشهداءِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat; Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali. Sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 10 kali; Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 100 kali. Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 100 kali; Allah akan menuliskan di antara kedua matanya (tanda) bebas daripada sifat munafik, dan bebas daripada api neraka, serta Allah akan menempatkannya pada hari kiamat bersama para syuhada.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 721, hadis no. 3681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر دون الجملة الأولى) عن أنس رضي الله عنه، قال: قال ﷺ من صلى علي صلاة واحدة؛ صلى الله عليه عشرا، ومن صلى علي عشرا؛ صلى الله عليه مئة. ومن صلى علي مئة؛ كتب الله بين عينيه: براءة من النفاق، وبراءة من النار، ‌وأسكنه ‌الله يوم القيامة مع الشهداء. [طس، ((الضعيفة)) (6852)].

(Munkar kecuali ayat yang pertama) Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat; Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali. Sesiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 10 kali; Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 100 kali. Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 100 kali; Allah akan menuliskan di antara kedua matanya (tanda) bebas daripada sifat munafik, dan bebas daripada api neraka, serta Allah akan menempatkannya pada hari kiamat bersama para syuhada. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6852].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.