Sanadnya lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah SWT akan menghimpunkan tukang jahit yang khianat

Teks Bahasa Arab

حديث: يَحْشُرُ اللَّهُ الْخَيَّاطَ الْخَائِنَ وَعَلَيْهِ قميص وأرداء مِمَّا خَاطَ وَخَانَ فِيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Allah SWT akan menghimpunkan tukang jahit yang khianat dalam keadaan dia memakai baju dan kain-kain yang dia jahit dan melakukan khianat padanya.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sanadnya lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 154, hadis no. 49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

وإسناده: مظلم.

Dan sanadnya kelam (tidak jelas kesahihannya).

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.