Allah SWT akan menaungi seorang hamba

TEKS BAHASA ARAB

أظل الله عبداً – في ظله يوم لا ظل إلا ظله – أنظر معسراً، أو ترك لغارم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT akan menaungi seorang hamba – di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya – sama ada yang memberi penangguhan kepada peminjam atau meninggalkan peminjam (lepaskan hutang).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis nombor 491. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن عثمان – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أظل الله عبداً – في ظله يوم لا ظل إلا ظله – أنظر معسراً، أو ترك لغارم.
[عم، ((الضعيفة)) (5077)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Uthmān RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah SWT akan menaungi seorang hamba – di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya – sama ada yang memberi penangguhan kepada peminjam atau meninggalkan peminjam (lepaskan hutang).”
[Diriwayatkan oleh ‘Abdullah ibn Aḥmad dalam Zawā’id al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5077]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs