Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Allah SWT akan menaungi seorang hamba

Teks Bahasa Arab

أظلَّ اللَّهُ عبدًا - في ظلِّهِ يومَ لا ظلَّ إلَّا ظلُّهُ - أنظرَ مُعسرًا ، أو ترَكَ لغارمٍ.

Teks Bahasa Melayu

Allah SWT akan menaungi seorang hamba - di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya - sama ada yang memberi penangguhan kepada peminjam atau meninggalkan peminjam (lepaskan hutang).

Sahabat Perawi

  1. ‘Uthmān RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis no. 491. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عثمان - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أظل الله عبداً - في ظله يوم لا ظل إلا ظله - أنظر معسراً، أو ترك لغارم. [عم، ((الضعيفة)) (5077)]

(Terlalu Daif) Daripada ‘Uthmān RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah SWT akan menaungi seorang hamba - di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya - sama ada yang memberi penangguhan kepada peminjam atau meninggalkan peminjam (lepaskan hutang).” [Riwayat ‘Abdullah ibn Aḥmad dalam Zawā’id al-Musnad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5077]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.