Allah SWT akan membangkitkan orang ramai pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يبعث الله يوم القيامة ناسا في صور الذر، يطؤهم الناس بأقدامهم، فيقال: ما بال هؤلاء في صور الذر؟! فيقال: هؤلاء المتكبرون في الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SWT akan membangkitkan orang ramai pada hari kiamat dalam rupa bentuk semut kecil. Orang ramai memijak mereka dengan kaki-kaki mereka. Lalu dikatakan: “Mengapakah mereka ini berada dalam bentuk semut kecil?” Maka dijawab: “Mereka ini adalah golongan yang takabur semasa di dunia”.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 105, hadis nombor 544. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعاً: يبعث الله يوم القيامة ناساً في صور الذر، يطؤهم الناس بأقدامهم، فيقال: ما بال هؤلاء في صور الذر؟! فيقال: هؤلاء المتكبرون في الدنيا.
[البزار، ((الضعيفة)) (5010)]

(Palsu)
Daripada Jābir RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah SWT akan membangkitkan orang ramai pada hari kiamat dalam rupa bentuk semut kecil. Orang ramai memijak mereka dengan kaki-kaki mereka. Lalu dikatakan: “Mengapakah mereka ini berada dalam bentuk semut kecil?” Maka dijawab: “Mereka ini adalah golongan yang takabur semasa di dunia”.
[Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5010]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.