Munkar Dengan Sebutan "rukun al-yamani"
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَبْعَثُ اللَّهُ الْحَجَرَ الأَسْوَدَ وَالرُّكْنَ الْيَمَانِيَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَهُمَا عَيْنَانِ وَلِسَانٌان وَشَفَتَانِ، يَشْهَدَانِ لِمَنِ اسْتَلَمَهُما بِالْوَفَاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah SWT akan membangkitkan Hajar al-Aswad dan Rukun al-Yamani pada hari kiamat dalam keadaan mereka berdua ada dua mata, lidah dan dua bibir. Keduanya akan bersaksi kepada orang yang menyentuh keduanya dengan sempurna.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar Dengan Sebutan "rukun al-yamani"
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 764, hadis no. 3896. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بذكر: (الركن اليماني)) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((يبعث الله الحجر الأسود والركن اليماني يوم القيامة ولهما عينان ولسانان وشفتان، يشهدان لمن استلمهما بالوفاء)). [طب، ((الضعيفة)) (6638)]
(Munkar Dengan Sebutan "rukun al-yamani") Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT akan membangkitkan Hajar al-Aswad dan Rukun al-Yamani pada hari kiamat dalam keadaan mereka berdua ada dua mata, lidah dan dua bibir. Keduanya akan bersaksi kepada orang yang menyentuh keduanya dengan sempurna. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6638]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman