Allah SWT akan memasukkan dia ke dalam mana-mana pintu syurga yang hanya dimasuki oleh orang yang sepertinya

TEKS BAHASA ARAB

من أطعم مؤمنا حتى يشبعه من سغب، أدخله الله بابا من أبواب الجنة لا يدخله إلا من كان مثله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin (yang lapar dan keletihan) sehinggalah dia kekenyangan, Allah SWT akan memasukkan dia ke dalam mana-mana pintu syurga yang tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang sepertinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 709, hadis nombor 3626. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من أطعم مؤمنا حتى يشبعه من سغب، أدخله الله بابا من أبواب الجنة لا يدخله إلا من كان مثله.
[طب، وفي ((مسند الشاميين))، عد، ((الضعيفة)) (6747)].

(Sangat Lemah)
Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin (yang lapar dan keletihan) sehinggalah dia kekenyangan, Allah SWT akan memasukkan dia ke dalam mana-mana pintu syurga yang tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang sepertinya.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan dalam Musnad al-Shamiyyin, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6747].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.