Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أَطْعَمَ مؤمنًا حتى يُشبَعهُ من سَغَبٍ، أدخلهُ اللهُ بابًا من أبوابِ الجنةِ لا يدخلُهُ إلا من كان مثلَه.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin (yang lapar dan keletihan) sehinggalah dia kekenyangan, Allah SWT akan memasukkan dia ke dalam mana-mana pintu syurga yang tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang sepertinya.
Sahabat Perawi
- Mu'az bin Jabal RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 709, hadis no. 3626. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: من أطعم مؤمنا حتى يشبعه من سغب، أدخله الله بابا من أبواب الجنة لا يدخله إلا من كان مثله. [طب، وفي ((مسند الشاميين))، عد، ((الضعيفة)) (6747)].
(Sangat Lemah) Daripada Muaz bin Jabal RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin (yang lapar dan keletihan) sehinggalah dia kekenyangan, Allah SWT akan memasukkan dia ke dalam mana-mana pintu syurga yang tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang sepertinya. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir dan dalam Musnad al-Shamiyyin, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6747].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman