Allah SWT akan melunaskan hutang bagi tiga golongan ini pada hari kiamat

TEKS BAHASA ARAB

إن الدين يقتص من صاحبه يوم القيامة إذا مات ولم يقضه؛ إلا من تدين في ثلاث: رجل تذهب قوته [في سبيل الله]، فيدين ما يتقوى به على عدو الله وعدو رسوله؛ فمات فلم يقضه. ورجل مات عنده مسلم؛ فلم يجد ما يكفنه إلا بدين؛ فمات ولم يقضه. ورجل خاف على نفسه العزبة ولم يكن عنده ما يتزوج، فاستدان فتزوج؛ ليعف نفسه خشية على دينه. فالله يقضي عن هؤلاء الدين يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya hutang itu mengikuti sehingga hari kiamat sekiranya orang yang berhutang itu tidak melunaskannya, melainkan hutang pada tiga perkara: Seorang lelaki yang hilang kekuatannya (dijalan Allah), maka dia berhutang untuk menguatkan dirinya ketika menghadapi musuh Allah dan Rasul-Nya, lalu ia mati tanpa sempat melunaskannya. Seorang lelaki yang mendapati muslim lain mati, dan dia tidak mendapati cara lain untuk mengkafankannya melainkan dia berhutang, lalu dia mati sebelum melunaskan hutangnya. Dan seorang lelaki yang risau akan menjadi bujang selamanya, dan ia tidak mempunyai apa-apa harta, kemudian dia berhutang lalu berkahwin, semata-mata untuk menjaga maruah dirinya kerana takut akan agamanya. Maka Allah SWT akan melunaskan hutang-hutang mereka ini pada hari kiamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 948, hadis nombor 4894. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الدين يقتص من صاحبه يوم القيامة إذا مات ولم يقضه؛ إلا من تدين في ثلاث: رجل تذهب قوته [في سبيل الله]، فيدين ما يتقوى به على عدو الله وعدو رسوله؛ فمات فلم يقضه. ورجل مات عنده مسلم؛ فلم يجد ما يكفنه إلا بدين؛ فمات ولم يقضه. ورجل خاف على نفسه العزبة ولم يكن عنده ما يتزوج، فاستدان فتزوج؛ ليعف نفسه خشية على دينه. فالله يقضي عن هؤلاء الدين يوم القيامة)).
[إسحاق، الفسوي، هــ، البزار، ع، ((الضعيفة)) (5483)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA telah berkata: Bahawa Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya hutang itu mengikuti sehingga hari kiamat sekiranya orang yang berhutang itu tidak melunaskannya, melainkan hutang pada tiga perkara: Seorang lelaki yang hilang kekuatannya (dijalan Allah), maka dia berhutang untuk menguatkan dirinya ketika menghadapi musuh Allah dan Rasul-Nya, lalu ia mati tanpa sempat melunaskannya. Seorang lelaki yang mendapati muslim lain mati, dan dia tidak mendapati cara lain untuk mengkafankannya melainkan dia berhutang, lalu dia mati sebelum melunaskan hutangnya. Dan seorang lelaki yang risau akan menjadi bujang selamanya, dan ia tidak mempunyai apa-apa harta, kemudian dia berhutang lalu berkahwin, semata-mata untuk menjaga maruah dirinya kerana takut akan agamanya. Maka Allah SWT akan melunaskan hutang-hutang mereka ini pada hari kiamat.
[Riwayat Ishak, al-Fasawi, Ibn Majah di dalam al-Sunan, al-Bazzar, Abi Ya’la dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5483].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs