Allah SWT akan bertanya kepada hambanya tentang kelebihan ilmu dan hartanya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله تعالى يسأل العبد عن فضل علمه، كما يسأله عن فضل ماله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesunggunya Allah Ta’ala akan bertanya seseorang hamba tentang kelebihan (kebaikan) ilmunya sebagaimana Allah akan bertanyakan padanya tentang kelebihan (kebaikan) hartanya.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1398, hadis nombor 7090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له بهذا السياق)
عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن الله تعالى يسأل العبد عن فضل علمه، كما يسأله عن فضل ماله.
[((الضعيفة)) (7098)]

(Tidak ada asalnya dengan konteks ini)
Daripada Ibn ‘Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesunggunya Allah Ta’ala akan bertanya seseorang hamba tentang kelebihan (kebaikan) ilmunya sebagaimana Allah akan bertanyakan padanya tentang kelebihan (kebaikan) hartanya.
[Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7098]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs