Tiada asal
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِنَّ اللهَ تعالى يسأَلُ العبدَ عنْ فضلِ علْمِهِ ، كما يسأَلُهُ عنْ فضلِ مالِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesunggunya Allah Ta'ala akan bertanya seseorang hamba tentang kelebihan (kebaikan) ilmunya sebagaimana Allah akan bertanyakan padanya tentang kelebihan (kebaikan) hartanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin 'Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Tiada asal
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1398, hadis no. 7090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(لا أصل له بهذا السياق) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال صلى الله عليه وسلم: إن الله تعالى يسأل العبد عن فضل علمه، كما يسأله عن فضل ماله. [((الضعيفة)) (7098)]
(Tidak ada asalnya dengan konteks ini) Daripada Ibn 'Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesunggunya Allah Ta'ala akan bertanya seseorang hamba tentang kelebihan (kebaikan) ilmunya sebagaimana Allah akan bertanyakan padanya tentang kelebihan (kebaikan) hartanya. [Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7098]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman