Allah SAW memuliakan umat ini dengan serban dan juga panji

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أكرم الله عز وجل هذه الأمة بالعمائم والألوية.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah SAW memuliakan umat ini dengan serban dan juga panji.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1902 hadis nombor 9558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( ضعيف)
عن خالد بن معدان وفضيل بن فضالة قالا: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أكرم الله عز وجل هذه الأمة بالعمائم والألوية.
[ص، ((الضعيفة)) (5503)]

(Lemah)
Daripada Khalid Bin Mi’dan dan Fudhail Bin Fudhalah. Mereka berdua berkata: Rasulullah SAW bersabda: Allah SAW memuliakan umat ini dengan serban dan juga panji.
[Riwayat Sa’id Ibn Mansur dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5503]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.