Allah sangat marah kepada orang yang menumpahkan darahku dan menyakiti aku dengan menyakiti keturunanku

TEKS BAHASA ARAB

حديث: اشتد غضب الله على من أهراق دمي وأذاني في عترتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah sangat marah kepada orang yang menumpahkan darahku dan menyakiti aku dengan meyakiti keturunanku.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 396, hadis nombor 130. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في المختصر: هو موضوع.

Dia berkata dalam al-Mukhtasar: Ia adalah palsu.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.