Allah sangat marah kepada orang yang melakukan kezaliman

TEKS BAHASA ARAB

اشتد غضب الله على من ظلم من لا يجد ‌ناصرا ‌غيري.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah sangat marah kepada orang yang melakukan kezaliman terhadap orang yang tidak mempunyai penolong melainkan Aku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 785, hadis nombor 4032. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي مرفوعا: يقول الله عز وجل: اشتد غضب الله على من ظلم من لا يجد ‌ناصرا ‌غيري. [طس، طص، فر، ((الضعيفة)) (2392)]

(Sangat Lemah) Daripada Ali RA secara marfu’: “Allah SWT berfirman: “Allah sangat marah kepada orang yang melakukan kezaliman terhadap orang yang tidak mempunyai penolong melainkan Aku.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat dan al-Mu’jam al-Saghir, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2392]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs