Allah pasti akan membangkitkan dari sebuah bandar di Syam yang disebut sebagai Hims

TEKS BAHASA ARAB

ليبعثن الله من مدينة بالشام يقال لها: حمص سبعين ألفا يوم القيامة؛ لا حساب عليهم، فيما بين الزيتون والحائط في البرث الأحمر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah pasti akan membangkitkan dari sebuah bandar di Syam yang disebut sebagai Hims seramai 70 ribu orang pada hari kiamat, mereka tidak dihisab, tempat mereka dibangkitkan adalah antara pohon Zaitun dan kebun di tanah datar yang merah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1342, hadis nombor 6859. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه مرفوعا: ليبعثن الله من مدينة بالشام يقال لها: حمص سبعين ألفا يوم القيامة؛ لا حساب عليهم، فيما بين الزيتون والحائط في البرث الأحمر.
[حم، البزار، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4367)]

(Lemah)
Daripada ‘Umar bin al-Khattab RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah pasti akan membangkitkan dari sebuah bandar di Syam yang disebut sebagai Hims seramai 70 ribu orang pada hari kiamat, mereka tidak dihisab, tempat mereka dibangkitkan adalah antara pohon Zaitun dan kebun di tanah datar yang merah.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Bazzar dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4367]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs