Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليبعثنَّ اللهُ من مدينةٍ بالشامِ يُقال لها: حمصٌ سبعين ألفًا يومَ القيامةِ؛ لا حسابَ عليهم، فيما بين الزيتونِ والحائطِ في البرثِ الأحمرِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah pasti akan membangkitkan dari sebuah bandar di Syam yang disebut sebagai Hims seramai 70 ribu orang pada hari kiamat, mereka tidak dihisab, tempat mereka dibangkitkan adalah antara pohon Zaitun dan kebun di tanah datar yang merah.
Sahabat Perawi
- Umar al-Khattab RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1342, hadis no. 6859. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه مرفوعا: ليبعثن الله من مدينة بالشام يقال لها: حمص سبعين ألفا يوم القيامة؛ لا حساب عليهم، فيما بين الزيتون والحائط في البرث الأحمر. [حم، البزار، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4367)]
(Lemah) Daripada 'Umar bin al-Khattab RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah pasti akan membangkitkan dari sebuah bandar di Syam yang disebut sebagai Hims seramai 70 ribu orang pada hari kiamat, mereka tidak dihisab, tempat mereka dibangkitkan adalah antara pohon Zaitun dan kebun di tanah datar yang merah. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Bazzar dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4367]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman