TEKS BAHASA ARAB
أظل الله عبدا – في ظله يوم لا ظل إلا ظله – أنظر معسرا، أو ترك لغارم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah naungi hamba-Nya – di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Nya – yang memberi tangguhan kepada orang yang kesusahan atau membiarkan orang yang berhutang.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1352, hadis nombor 6904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً)
عن عثمان رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أظل الله عبداً – في ظله يوم لا ظل إلا ظله – أنظر معسراً، أو ترك لغارم.
[عم، ((الضعيفة)) (5077)]
(ٍSangat lemah)
Daripada ‘Uthman RA telah berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Allah naungi hamba-Nya – di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Nya – yang memberi tangguhan kepada orang yang kesusahan atau membiarkan orang yang berhutang.
[Riwayat 'Abdullah bin Ahmad dalam Zawa'id al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5077]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.