Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أظلَّ اللَّهُ عبدًا - في ظلِّهِ يومَ لا ظلَّ إلَّا ظلُّهُ - أنظرَ مُعسرًا، أو ترَكَ لغارمٍ.
Teks Bahasa Melayu
Allah naungi hamba-Nya – di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Nya – yang memberi tangguhan kepada orang yang kesusahan atau membiarkan orang yang berhutang.
Sahabat Perawi
- Uthman bin Affan RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1352, hadis no. 6904. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن عثمان رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أظل الله عبداً – في ظله يوم لا ظل إلا ظله – أنظر معسراً، أو ترك لغارم. [عم، ((الضعيفة)) (5077)]
(ٍSangat lemah) Daripada 'Uthman RA telah berkata: Rasulullah SAW pernah bersabda: Allah naungi hamba-Nya – di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan-Nya – yang memberi tangguhan kepada orang yang kesusahan atau membiarkan orang yang berhutang. [Riwayat 'Abdullah bin Ahmad dalam Zawa'id al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5077]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman