Allah mewakilkan malaikat di pintu-pintu masjid pada hari Jumaat untuk beristighfar kepada orang yang memakai serban putih

TEKS BAHASA ARAB

إن لله ملائكة موكلين بأبواب الجوامع يوم الجمعة، يستغفرون لأصحاب العمائم البيض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mewakilkan malaikat di pintu-pintu masjid pada hari Jumaat. Mereka beristighfar kepada orang yang memakai serban putih.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1609, hadis nombor 8103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما، ملرفوعا: إن لله ملائكة موكلين بأبواب الجوامع يوم الجمعة، يستغفرون لأصحاب العمائم البيض.
[خط، ((الضعيفة)) (395)].

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah mewakilkan malaikat di pintu-pintu masjid pada hari Jumaat. Mereka beristighfar kepada orang yang memakai serban putih.
[Riwayat al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 395]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.