Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ للَّهِ ملائكةً موَكَّلينَ بأبوابِ الجَوامعِ يومَ الجُمعةِ، يستغفِرونَ لأصحابِ العَمائمِ البيضِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah mewakilkan malaikat di pintu-pintu masjid pada hari Jumaat. Mereka beristighfar kepada orang yang memakai serban putih.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1609, hadis no. 8103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما، ملرفوعا: إن لله ملائكة موكلين بأبواب الجوامع يوم الجمعة، يستغفرون لأصحاب العمائم البيض. [خط، ((الضعيفة)) (395)].
(Palsu) Daripada Abdullah bin Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah mewakilkan malaikat di pintu-pintu masjid pada hari Jumaat. Mereka beristighfar kepada orang yang memakai serban putih. [Riwayat al-Khatib dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 395]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman