Allah mewahyukan kepada seorang Nabi daripada para Nabi-Nya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله إلى نبي من الأنبياء: قل لفلان العابد: أما زهدك في الدنيا فتعجلت راحة نفسك، وأما انقطاعك إلي فتعززت بي، فماذا عملت فيما لي عليك؟ قال: يا رب! وماذا لك علي؟ قال: هل واليت لي ولياً أو عاديت لي عدواً؟!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah mewahyukan kepada seorang Nabi daripada para Nabi-Nya, katakanlah kepada si fulan yang beribadah, kezuhudanmu di dunia, Aku akan segerakan kerehatan dirimu. Masamu yang diluangkan untuk-Ku, Aku akan kuatkanmu. Maka apa yang telah kamu lakukan untuk-Ku daripada kewajipanmu? Dia menjawab, wahai Tuhan! Dan apakah kewajipanku untuk-Mu? Dia menjawab, adakah kamu telah mengasihi wali-Ku atau memusuhi musuh-Ku kerana-Ku?!

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2013, hadis nombor 10103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أوحى الله إلى نبي من الأنبياء: قل لفلان العابد: أما زهدك في الدنيا فتعجلت راحة نفسك، وأما انقطاعك إلي فتعززت بي، فماذا عملت فيما لي عليك؟ قال: يا رب! وماذا لك علي؟ قال: هل واليت لي ولياً أو عاديت لي عدواً؟!)). [أبو القاسم الحلبي في ((حديثه))، حل، خط، ((الضعيفة)) (3337)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah mewahyukan kepada seorang Nabi daripada para Nabi-Nya, katakanlah kepada si fulan yang beribadah, kezuhudanmu di dunia, Aku akan segerakan kerehatan dirimu. Masamu yang diluangkan untuk-Ku, Aku akan kuatkanmu. Maka apa yang telah kamu lakukan untuk-Ku daripada kewajipanmu?” Dia menjawab, wahai Tuhan! Dan apakah kewajipanku untuk-Mu? Dia menjawab, adakah kamu telah mengasihi wali-Ku atau memusuhi musuh-Ku kerana-Ku?! [Riwayat Abu al-Qasim al-Halaby dalam Hadithihi, Hilyah oleh Abu Nu’aim, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3337]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.