Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوحى اللهُ إلى نبيٍّ منَ الأنبياءِ: قلْ لفلانٍ العابدِ: أمَّا زُهدُك في الدنيا فتعجَّلْتَ راحةَ نفسِكَ، وأمَّا انقطاعُكَ إليَّ فتعزَّزْتَ بي، فماذا عملتَ فيما لي عليكَ؟ قال: يا ربِّ! وماذا لكَ عليَّ؟ قال: هل واليتَ لي وليًّا أو عاديتَ لي عدوًّا؟!
Teks Bahasa Melayu
Allah mewahyukan kepada seorang Nabi daripada para Nabi-Nya, katakanlah kepada si fulan yang beribadah, kezuhudanmu di dunia, Aku akan segerakan kerehatan dirimu. Masamu yang diluangkan untuk-Ku, Aku akan kuatkanmu. Maka apa yang telah kamu lakukan untuk-Ku daripada kewajipanmu? Dia menjawab, wahai Tuhan! Dan apakah kewajipanku untuk-Mu? Dia menjawab, adakah kamu telah mengasihi wali-Ku atau memusuhi musuh-Ku kerana-Ku?!
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2013, hadis no. 10103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أوحى الله إلى نبي من الأنبياء: قل لفلان العابد: أما زهدك في الدنيا فتعجلت راحة نفسك، وأما انقطاعك إلي فتعززت بي، فماذا عملت فيما لي عليك؟ قال: يا رب! وماذا لك علي؟ قال: هل واليت لي ولياً أو عاديت لي عدواً؟!)). [أبو القاسم الحلبي في ((حديثه))، حل، خط، ((الضعيفة)) (3337)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah mewahyukan kepada seorang Nabi daripada para Nabi-Nya, katakanlah kepada si fulan yang beribadah, kezuhudanmu di dunia, Aku akan segerakan kerehatan dirimu. Masamu yang diluangkan untuk-Ku, Aku akan kuatkanmu. Maka apa yang telah kamu lakukan untuk-Ku daripada kewajipanmu? Dia menjawab, wahai Tuhan! Dan apakah kewajipanku untuk-Mu? Dia menjawab, adakah kamu telah mengasihi wali-Ku atau memusuhi musuh-Ku kerana-Ku?! [Riwayat Abu al-Qasim al-Halaby dalam Hadithihi, Hilyah oleh Abu Nu’aim, dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3337]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman