Allah mewahyukan kepada Nabi Adam alaihi al-Salam wahai Adam!

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله – تعالى – إلى آدم عليه السلام؛ أن يا آدم! حج هذا البيت قبل أن يحدث بك حدث الموت. قال: وما يحدث علي يا ربي؟! قال: ما لا تدري، وهو الموت. قال: وما الموت؟ قال: سوف تذوقه. قال: من أستخلف في أهلي؟ قال: اعرض ذلك على السماوات والأرض والجبال؛ فعرض على السموات فأبت، وعرض على الأرض فأبت، وعرض على الجبال فأبت، وقبله ابنه؛ قاتل أخيه، فخرج آدم -عليه السلام – من أرض الهند حاجا، فما نزل منزلا أكل فيه وشرب؛ إلا صار عمرانا بعده وقرى، حتى قدم مكة؛ فاستقبلته الملائكة بالبطحاء، فقالوا: السلام عليك يا آدم! بر حجك، أما إنا قد حججنا هذا البيت قبلك بألفي عام. -قال أنس -رضي الله عنه -: قال رسول الله : والبيت يومئذ ياقوتة حمراء جوفاء، لها بابان، من يطوف يرى من في جوف البيت، ومن في جوف البيت يرى من يطوف -؛ فقضی آدم نسكه، فأوحى الله إليه، يا آدم! قضيت نسكك؟ قال: نعم يا رب! قال: فسل حاجتك تعط. قال: حاجتي أنْ تغفر لي ذنبي وذنب ولدي. قال: أما ذنبك يا آدم؛ فقد غفرناه حين وقعت بذنبك، وأما ذنب ولدك؛ فمن عرفني، وآمن بي، وصدق رسلي وكتابي؛ غفرنا له ذنبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah mewahyukan kepada Nabi Adam alaihi al-Salam wahai Adam! Lakukanlah haji ke rumah ini sebelum engkau meninggal dunia. Dia berkata: Apakah yang akan berlaku kepadaku wahai Tuhanku? Allah berkata: Sesuatu yang engkau tidak tahu iaitu kematian. Dia berkata: Apakah itu kematian? Allah berkata: Engkau akan merasainya. Dia berkata: Siapakah yang akan aku titipkan keluargaku? Allah berkata: Tawarkan kepada langit, bumi serta bukit bukau. Dia tawarkan kepada langit namun ia enggan, ditanyakan juga kepada bumi namun ia enggan, kemudian dia tawarkan kepada bukit, ia juga enggan. Namun diterima oleh anaknya yang telah membunuh saudara kandungnya. Lalu Adam AS keluar dari India untuk melakukan haji. Tidaklah dia singgah kepada mana-mana tempat untuk makan dan minum, kecuali tempat itu akan menjadi maju dan bertukar kepada kampung sehingga dia sampai ke Mekah. Lalu malaikat menyambutnya di Batha’. Para malaikat berkata: Salam sejahtera kepadamu wahai Adam! Hajimu telah diterima. Adapun kami maka kami telah melakukan haji ke Baitullah ini 2000 tahun sebelum kamu. Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Baitullah pada ketika itu adalah dari permata Yaqut yang berwarna merah lutsinar. Ia mempunyai dua pintu. Sesiapa yang melakukan tawaf dia akan dapat melihat siapakah yang berada di dalam Baitullah. Orang yang berada di dalam Baitullah juga akan dapat melihat orang yang bertawaf. Lalu Adam menyelesaikan ibadah hajinya. Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Adam! Engkau telah menyelesaikan ibadah haji kamu? Dia berkata: Ya wahai Tuhan! Allah berkata: Mintalah apa sahaja hajatmu nescaya akan diperkenankan. Dia berkata: Hajatku adalah supaya engkau mengampunkan dosaku dan dosa anakku. Allah berkata: Adapun dosamu wahai Adam, Kami telah ampunkan ketika engkau melakukannya. Namun dosa anakmu, sesiapa yang mengenaliKu, beriman denganKu serta membenarkan rasul-rasulKu dan kitabKu, kami ampunkan dosanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 749, hadis nombor 3837. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه – مرفوعا:«أوحى الله – تعالى – إلى آدم عليه السلام؛ أن يا آدم! حج هذا البيت قبل أن يحدث بك حدث الموت. قال: وما يحدث علي يا ربي؟! قال: ما لا تدري، وهو الموت. قال: وما الموت؟ قال: سوف تذوقه. قال: من أستخلف في أهلي؟ قال: اعرض ذلك على السماوات والأرض والجبال؛ فعرض على السموات فأبت، وعرض على الأرض فأبت، وعرض على الجبال فأبت، وقبله ابنه؛ قاتل أخيه، فخرج آدم -عليه السلام – من أرض الهند حاجا، فما نزل منزلا أكل فيه وشرب؛ إلا صار عمرانا بعده وقرى، حتى قدم مكة؛ فاستقبلته الملائكة بالبطحاء، فقالوا: السلام عليك يا آدم! بر حجك، أما إنا قد حججنا هذا البيت قبلك بألفي عام. -قال أنس -رضي الله عنه -: قال رسول الله : والبيت يومئذ ياقوتة حمراء جوفاء، لها بابان، من يطوف يرى من في جوف البيت، ومن في جوف البيت يرى من يطوف -؛ فقضی آدم نسكه، فأوحى الله إليه، يا آدم! قضيت نسكك؟ قال: نعم يا رب! قال: فسل حاجتك تعط. قال: حاجتي أن تغفر لي ذنبي وذنب ولدي. قال: أما ذنبك يا آدم؛ فقد غفرناه حين وقعت بذنبك، وأما ذنب ولدك؛ فمن عرفني، وآمن بي، وصدق رسلي وكتابي؛ غفرنا له ذنبه».
[الأصفهاني، «الضعيفة» (5164)].

(Palsu)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah mewahyukan kepada Nabi Adam alaihi al-Salam wahai Adam! Lakukanlah haji ke rumah ini sebelum engkau meninggal dunia. Dia berkata: Apakah yang akan berlaku kepadaku wahai Tuhanku? Allah berkata: Sesuatu yang engkau tidak tahu iaitu kematian. Dia berkata: Apakah itu kematian? Allah berkata: Engkau akan merasainya. Dia berkata: Siapakah yang akan aku titipkan keluargaku? Allah berkata: Tawarkan kepada langit, bumi serta bukit bukau. Dia tawarkan kepada langit namun ia enggan, ditanyakan juga kepada bumi namun ia enggan, kemudian dia tawarkan kepada bukit, ia juga enggan. Namun diterima oleh anaknya yang telah membunuh saudara kandungnya. Lalu Adam AS keluar dari India untuk melakukan haji. Tidaklah dia singgah kepada mana-mana tempat untuk makan dan minum, kecuali tempat itu akan menjadi maju dan bertukar kepada kampung sehingga dia sampai ke Mekah. Lalu malaikat menyambutnya di Batha’. Para malaikat berkata: Salam sejahtera kepadamu wahai Adam! Hajimu telah diterima. Adapun kami maka kami telah melakukan haji ke Baitullah ini 2000 tahun sebelum kamu. Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Baitullah pada ketika itu adalah dari permata Yaqut yang berwarna merah lutsinar. Ia mempunyai dua pintu. Sesiapa yang melakukan tawaf dia akan dapat melihat siapakah yang berada di dalam Baitullah. Orang yang berada di dalam Baitullah juga akan dapat melihat orang yang bertawaf. Lalu Adam menyelesaikan ibadah hajinya. Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Wahai Adam! Engkau telah menyelesaikan ibadah haji kamu? Dia berkata: Ya wahai Tuhan! Allah berkata: Mintalah apa sahaja hajatmu nescaya akan diperkenankan. Dia berkata: Hajatku adalah supaya engkau mengampunkan dosaku dan dosa anakku. Allah berkata: Adapun dosamu wahai Adam, Kami telah ampunkan ketika engkau melakukannya. Namun dosa anakmu, sesiapa yang mengenaliKu, beriman denganKu serta membenarkan rasul-rasulKu dan kitabKu, kami ampunkan dosanya.
[Riwayat al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5164].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.