Allah mewahyukan kepada Isa AS: Wahai Isa! Berimanlah kepada Muhammad

TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله إلى عيسى -عليه السلام-: يا عيسى! آمن بمحمد، وأمر من أدركه من أمتك أن يؤمنوا به، فلولا محمد ما خلقت آدم، ولولا محمد ما خلقت الجنة ولا النار، ولقد خلقت العرش على الماء، فاضطرب، فكتبت عليه: لا إله إلا الله محمد رسول الله، فسكن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah mewahyukan kepada Isa AS: Wahai Isa! Berimanlah kepada Muhammad dan perintahkan sesiapa yang sempat dengannya daripada umatmu agar mereka beriman dengannya. Sekiranya bukan kerana Muhammad, aku tidak akan menciptakan Nabi Adam dan kalau bukan kerana Muhammad, aku tidak menciptakan syurga dan neraka. Aku telah menciptakan Arasy di atas air maka ia bergegar. Lalu aku telah menulis di atasnya: Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad merupakan utusan Allah lalu ia diam.

STATUS

Tiada asal baginya secara marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1780, hadis nombor 8953. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(لا أصل له مرفوعا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- موقوفا: ((أوحى الله إلى عيسى -عليه السلام-: يا عيسى! آمن بمحمد، وأمر من أدركه من أمتك أن يؤمنوا به، فلولا محمد ما خلقت آدم، ولولا محمد ما خلقت الجنة ولا النار، ولقد خلقت العرش على الماء، فاضطرب، فكتبت عليه: لا إله إلا الله محمد رسول الله، فسكن)). [ك، ((الضعيفة)) (280)]

(Tiada asal baginya secara marfu‘)
Daripada Ibn ‘Abbās RA secara mauqūf (disandarkan kepada sahabat Nabi SAW): Allah mewahyukan kepada Isa AS: Wahai Isa! Berimanlah kepada Muhammad dan perintahkan sesiapa yang sempat dengannya daripada umatmu agar mereka beriman dengannya. Sekiranya bukan kerana Muhammad, aku tidak akan menciptakan Nabi Adam dan kalau bukan kerana Muhammad, aku tidak menciptakan syurga dan neraka. Aku telah menciptakan Arasy di atas air maka ia bergegar. Lalu aku telah menulis di atasnya: Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad merupakan utusan Allah lalu ia diam.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 280]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs