Allah mewahyukan kepada Daud, katakanlah kepada para penzalim supaya: Janganlah mengingati-Ku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أوحى الله إلى داود: قل للظلمة: لا يذكروني؛ فإني أذكر من ذكرني، وإن ذكري إياهم أن ألعنهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah mewahyukan kepada Daud, katakanlah kepada para penzalim supaya: Janganlah mengingati-Ku. Kerana Aku mengingati orang yang mengingati-ku. Dan ingatan-Ku untuk mereka hanyalah laknat-Ku kepada mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2013, hadis nombor 10102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: أوحى الله إلى داود: قل للظلمة: لا يذكروني؛ فإني أذكر من ذكرني، وإن ذكري إياهم أن ألعنهم.
[هب، فر، ((الضعيفة)) (3336)]

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah mewahyukan kepada Daud, katakanlah kepada para penzalim supaya: Janganlah mengingati-Ku. Kerana Aku mengingati orang yang mengingati-ku. Dan ingatan-Ku untuk mereka hanyalah laknat-Ku kepada mereka.
[Riwayat al-Baihaqy dalam Shu’ab al-Iman dan al-Dailamy dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3336]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.