Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوحى اللهُ إلى داودَ: قلْ للظلمةِ: لا يذكروني؛ فإني أذكرُ منْ ذكرني، وإنَّ ذكري إياهم أنْ ألْعنَهُمْ.
Teks Bahasa Melayu
Allah mewahyukan kepada Daud, katakanlah kepada para penzalim supaya: Janganlah mengingati-Ku. Kerana Aku mengingati orang yang mengingati-ku. Dan ingatan-Ku untuk mereka hanyalah laknat-Ku kepada mereka.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2013, hadis no. 10102. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: أوحى الله إلى داود: قل للظلمة: لا يذكروني؛ فإني أذكر من ذكرني، وإن ذكري إياهم أن ألعنهم. [هب، فر، ((الضعيفة)) (3336)]
(Lemah) Daripada Abdullah bin Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah mewahyukan kepada Daud, katakanlah kepada para penzalim supaya: Janganlah mengingati-Ku. Kerana Aku mengingati orang yang mengingati-ku. Dan ingatan-Ku untuk mereka hanyalah laknat-Ku kepada mereka. [Riwayat al-Baihaqy dalam Shu’ab al-Iman dan al-Dailamy dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 3336]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman