Allah merahmati orang yang menjaga orang yang menjaga

TEKS BAHASA ARAB

رحم الله حارس الحرس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah merahmati orang yang menjaga orang yang menjaga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 837, hadis nombor 4291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عقبة بن عامر الجهني -رضي الله عنه- مرفوعا: ((رحم الله حارس الحرس)).
[الدارمي، ه، ك، الباغندي في ((مسند عمر بن عبد العزيز))، عق، الروياني، الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (3641)]

(Lemah) Daripada ‘Uqbah bin ‘Āmir al-Juhanī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah merahmati orang yang menjaga orang yang menjaga.
[Riwayat al-Dārimī dalam Sunannya, Ibn Mājah dalam Sunannya, al-Ḥākim dalam Mustadrak, al-Bāghandī dalam Musnad ‘Umar bin ‘Abd al-‘Azīz, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Rūyānī dalam Musnadnya dan al-Khaṭīb dalam al-Muwaḍḍah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3641]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs