Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رَحِمَ اللهُ حارِسَ الْحَرَسِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah merahmati orang yang menjaga orang yang menjaga.
Sahabat Perawi
- Uqbah bin 'Amir al-Juhani RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 837, hadis no. 4291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عقبة بن عامر الجهني -رضي الله عنه- مرفوعا: ((رحم الله حارس الحرس)). [الدارمي، ه، ك، الباغندي في ((مسند عمر بن عبد العزيز))، عق، الروياني، الخطيب في ((الموضح))، ((الضعيفة)) (3641)]
(Lemah) Daripada ‘Uqbah bin ‘Āmir al-Juhanī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah merahmati orang yang menjaga orang yang menjaga. [Riwayat al-Dārimī dalam Sunannya, Ibn Mājah dalam Sunannya, al-Ḥākim dalam Mustadrak, al-Bāghandī dalam Musnad ‘Umar bin ‘Abd al-‘Azīz, al-‘Uqaylī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Rūyānī dalam Musnadnya dan al-Khaṭīb dalam al-Muwaḍḍah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3641]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman