Allah merahmati orang-orang Himyar kerana mulut mereka sering mengucapkan salam

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

رحم الله حميرا؛ أفواههم سلام، وأيديهم طعام، وهم أهل أمن وإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah merahmati orang-orang Himyar kerana mulut mereka sering mengucapkan salam, tangan mereka sering memberikan makanan dan mereka merupakan orang-orang yang aman dan beriman.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1780, hadis nombor 8955. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: كنا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، فجاءه رجل أحسبه من قيس، فقال: يا رسول الله! ألعن حميرا؟ فأعرض عنه، ثم جاءه من الشق الآخر، فأعرض عنه، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((رحم الله حميرا؛ أفواههم سلام، وأيديهم طعام، وهم أهل أمن وإيمان)). [طس، ت، حم، العراقي في ((محجة القرب))، ((الضعيفة)) (349)]

(Palsu)
Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Kami bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki yang aku rasakan dia dari kalangan Qais (kabilah). Maka dia berkata: Wahai Rasulullah! Boleh aku laknat kabilah Himyar? Maka Rasulullah SAW berpaling daripadanya. Kemudian, dia datang kepada Rasulullah SAW dari arah lain maka baginda turut berpaling daripadanya. Kemudian Nabi SAW berkata: Allah merahmati orang-orang Himyar kerana mulut mereka sering mengucapkan salam, tangan mereka sering memberikan makanan dan mereka merupakan orang-orang yang aman dan beriman.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Tirmidhī dalam al-Sunan, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-‘Irāqī dalam Maḥajjah al-Qurab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 349]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.