Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
رحمَ اللَّهُ حِمْيَرًا؛ أفواهُهُم سلامٌ، وأيديهِم طعامٌ، وَهُم أهلُ أمنٍ وإيمانٍ.
Teks Bahasa Melayu
Allah merahmati orang-orang Himyar kerana mulut mereka sering mengucapkan salam, tangan mereka sering memberikan makanan dan mereka merupakan orang-orang yang aman dan beriman.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1780, hadis no. 8955. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: كنا عند رسول الله صلى الله عليه وسلم، فجاءه رجل أحسبه من قيس، فقال: يا رسول الله! ألعن حميرا؟ فأعرض عنه، ثم جاءه من الشق الآخر، فأعرض عنه، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((رحم الله حميرا؛ أفواههم سلام، وأيديهم طعام، وهم أهل أمن وإيمان)). [طس، ت، حم، العراقي في ((محجة القرب))، ((الضعيفة)) (349)]
(Palsu) Daripada Abū Hurairah RA, beliau berkata: Kami bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki yang aku rasakan dia dari kalangan Qais (kabilah). Maka dia berkata: Wahai Rasulullah! Boleh aku laknat kabilah Himyar? Maka Rasulullah SAW berpaling daripadanya. Kemudian, dia datang kepada Rasulullah SAW dari arah lain maka baginda turut berpaling daripadanya. Kemudian Nabi SAW berkata: Allah merahmati orang-orang Himyar kerana mulut mereka sering mengucapkan salam, tangan mereka sering memberikan makanan dan mereka merupakan orang-orang yang aman dan beriman. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Tirmidhī dalam al-Sunan, Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, al-‘Irāqī dalam Maḥajjah al-Qurab. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 349]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman