Allah menyukai orang-orang yang mendesak ketika berdoa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب الملحين في الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang mendesak (gigih) ketika berdoa.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1407, hadis nombor 7141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: إن الله يحب الملحين في الدعاء.
[عق، الفلاكي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (637)]

(Batil)
Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang mendesak (gigih) ketika berdoa.
[Riwayat al-'Uqailiy dalam al-Du'afa' al-Kabir dan al-Falaaki dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 637]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.