Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ يحب المُلِحِّينَ في الدعاءِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang mendesak (gigih) ketika berdoa.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1407, hadis no. 7141. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: إن الله يحب الملحين في الدعاء. [عق، الفلاكي في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (637)]
(Batil) Daripada 'Aishah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang mendesak (gigih) ketika berdoa. [Riwayat al-'Uqailiy dalam al-Du'afa' al-Kabir dan al-Falaaki dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 637]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman