Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله يُحِبُّ أن يُعْمَلَ برُخصِه، كما يحب أن يٌعْمَلَ بفرائضه.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menyukai jika dilakukan perkara yang Dia berikan rukhsah (keringanan) sebagaimana Dia menyukai jika dilakukan perkara yang Dia fardukan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1260, hadis no. 6436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا اللفظ) عن عائشة رضي الله عنها مرفوعا: إن الله يحب أن يعمل برخصه، كما يحب أن يعمل بفرائضه. [ابن أبي خيثمة في ((التاريخ))، عد، ((الضعيفة)) (3127)].
(Palsu dengan lafaz ini) Daripada 'Aishah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah menyukai jika dilakukan perkara yang Dia berikan rukhsah (keringanan) sebagaimana Dia menyukai jika dilakukan perkara yang Dia fardukan. [Riwayat Ibn Abi Khaithamah dalam al-Tarikh, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3127]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman