Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُنزِلُ اللهُ كلَّ يومٍ عشرينَ ومائةَ رحمةٍ ستُّونَ منْها للطَّائفينَ، وأربعونَ للعاكفينَ حولَ البيتِ، وعشرونَ منْها للنَّاظرينَ إلى البيتِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah menurunkan pada setiap hari sebanyak 120 rahmat. 60 daripadanya untuk orang yang bertawaf, 40 daripadanya untuk orang yang beriktikaf di sekitar Kaabah dan 20 daripadanya untuk orang yang memandang Kaabah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 728, hadis no. 3715. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((ينزل الله كل يوم عشرين ومئة رحمة، ستون منها للطائفين وأربعون للعاكفين حول البيت، وعشرون منها للناظرين إلى البيت)). [طب، ((الضعيفة)) (256)]
(Palsu) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah menurunkan pada setiap hari sebanyak 120 rahmat. 60 daripadanya untuk orang yang bertawaf, 40 daripadanya untuk orang yang beriktikaf di sekitar Kaabah dan 20 daripadanya untuk orang yang memandang Kaabah. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 256]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman