Allah menjamin rezeki orang yang menuntut ilmu

TEKS BAHASA ARAB

من طلب العلم؛ تكفل الله برزقه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang menuntut ilmu, Allah menjamin rezekinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1280, hadis nombor 6558. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن زياد بن الحارث الصدائي مرفوعاً: من طلب العلم؛ تكفل الله برزقه.
[الأردبيلي في ((الفوائد))، ابن حكمان في ((فوائده))، خط، القضاعي، ابن عساكر، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (4620)]

(Palsu)
Daripada Ziyad bin al-Harith al-Sada’ei secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang menuntut ilmu, Allah menjamin rezekinya.
[Riwayat al-Ardibili dalam al-Fawa'id, Ibn Hukman dalam Fawa'id beliau, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Quda'ei, Ibn 'Asakir, al-Diya' dalam al-Muntaqa Min Masmu'atihi Bi Murrah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4620]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.