Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Allah menjamin para hamba-Nya dengan empat perkara: Solat, zakat, puasa (di bulan) Ramadhan serta mandi janabah

Teks Bahasa Arab

ضَمَّنَ اللهُ خَلْقَه أربعًا: الصلاةَ، والزكاةَ، وصومَ رمضانَ، والغسلَ من الجنابةِ، وهن السرائرُ التي قال اللهُ تعالى: { يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ } [ الطارق : 9 ].

Teks Bahasa Melayu

Allah menjamin para hamba-Nya dengan empat perkara: Solat, zakat, puasa (di bulan) Ramadhan serta mandi janabah. Inilah rahsia-rahsia yang disebutkan dalam firman Allah Ta’ala; (Pada hari didedahkan segala rahsia) [Surah al-Tariq:9].

Sahabat Perawi

  1. Abi al-Darda’ RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 285 - 286, hadis no. 1492. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي الدرداء - رضي الله عنه - مرفوعا: ((ضمن الله خلقه أربعا: الصلاة، والزكاة، وصوم رمضان، والغسل من الجنابة، وهن السرائر التي قال الله تعالى: (يوم تبلى السرائر) [الطارق: ٩])). [فر، ((الضعيفة)) (3817)]

(Palsu) Daripada Abi Al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah menjamin para hamba-Nya dengan empat perkara: Solat, zakat, puasa (di bulan) Ramadhan serta mandi janabah. Inilah rahsia-rahsia yang disebutkan dalam firman Allah Ta’ala; (Pada hari didedahkan segala rahsia) [Surah al-Tariq:9]. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3817]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.