TEKS BAHASA ARAB
ضمن الله خلقه أربعا: الصلاة، والزكاة، وصوم رمضان، والغسل من الجنابة، وهن السرائر التي قال الله تعالى: (يوم تبلى السرائر) [الطارق: 9].
TEKS BAHASA MALAYSIA
Allah menjadikan empat perkara berikut sebagai penjamin bagi (keadaan) hamba-Nya (di akhirat kelak): Solat, zakat, puasa Ramadan dan mandi junub. Empat perkara ini ialah perkara tersembunyi (dari sudut niat dan penerimaannya) yang Allah berfirman tentangnya: “Pada hari didedahkan segala yang tersembunyi. (Surah al-Tariq ayat 9).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 881, hadis nombor 4521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا: (ضمن الله خلقه أربعا: الصلاة، والزكاة، وصوم رمضان، والغسل من الجنابة، وهن السرائر التي قال الله تعالى: (يوم تبلى السرائر) [الطارق: 9]) [فر، ((الضعيفة)) (3817)]
(Palsu)
Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah menjadikan empat perkara berikut sebagai penjamin bagi (keadaan) hamba-Nya (di akhirat kelak): Solat, zakat, puasa Ramadan dan mandi junub. Empat perkara ini ialah perkara tersembunyi (dari sudut niat dan penerimaannya) yang Allah berfirman tentangnya: “Pada hari didedahkan segala yang tersembunyi. (Surah al-Tariq ayat 9).”
[Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3817]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.