Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضَمَّنَ اللهُ خَلْقَه أربعًا: الصلاةَ، والزكاةَ، وصومَ رمضانَ، والغسلَ من الجنابةِ، وهن السرائرُ التي قال اللهُ تعالى: {يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ} [الطارق: 9].
Teks Bahasa Melayu
Allah menjamin makhluknya dengan 4 perkara: “Solat, zakat, puasa Ramadhan, dan mandi wajib, dan itu adalah al-Sarair (rahsia-rahsia) yang disebutkan Allah SWT (dalam firmanNya): “Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya).
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda’ RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 881, hadis no. 4521. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابي الدرداء -رضي الله عنه- مرفوعا: (ضمن الله خلقه أربعا: الصلاة، والزكاة، وصوم رمضان، والغسل من الجنابة، وهن السرائر التي قال الله تعالى: (يوم تبلى السرائر) [الطارق: 9]) [فر، ((الضعيفة)) (3817)]
(Palsu) Daripada Abu al-Darda’ RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah menjamin makhluknya dengan 4 perkara: “Solat, zakat, puasa Ramadhan, dan mandi wajib, dan itu adalah al-Sarair (rahsia-rahsia) yang disebutkan Allah SWT (dalam firmanNya): “Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya)." [Riwayat al-Dailami dalam al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3817]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman