Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضَمَّنَ اللهُ خَلْقَه أربعًا: الصلاةَ، والزكاةَ، وصومَ رمضانَ، والغسلَ من الجنابةِ، وهن السرائرُ التي قال اللهُ تعالى: {يَوْمَ تُبْلَى السَّرَائِرُ} [الطارق: 9].
Teks Bahasa Melayu
Allah menjamin empat perkara untuk hamba-Nya iaitu solat, zakat, puasa sepanjang bulan Ramadan dan mandi junub. Kesemua itu adalah rahsia-rahsia sebagaimana Allah berfirman: (Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya)) [Surah al-Tariq ayat 9].
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1268, hadis no. 6488. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي الدرداء رضي الله عنه مرفوعا: ضمن الله خلقه أربعا: الصلاة، والزكاة، وصوم رمضان، والغسل من الجنابة، وهن السرائر التي قال الله تعالى: {يوم تبلى السرائر} [الطارق: 9]. [فر، ((الضعيفة)) (3817)]
(Palsu) Daripada Abu al-Darda' RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Allah menjamin empat perkara untuk hamba-Nya iaitu solat, zakat, puasa sepanjang bulan Ramadan dan mandi junub. Kesemua itu adalah rahsia-rahsia sebagaimana Allah berfirman: (Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya)) [Surah al-Tariq ayat 9]. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3817]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman