TEKS BAHASA ARAB
حديث: خلق الله الأرزاق قبل الأجساد بألفي عام فبسطها بين السماء والأرض فضربتها الرياح فوقعت في المشارق والمغارب فمنه ما وقع رزقه في ألفي موضع ومنه ما وقع رزقه في ألف موضع ومنه ما ما وقع رزقه على باب داره يغدو إليه ويروح حتى يأتي أجله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Allah menjadikan rezeki-rezeki dua ribu tahun sebelum mencipta jasad-jasad.Lalu Dia hamparkannya antara langit dan bumi lalu angin menghembusnya dan ia jatuh di suatu tempat di antara timur dan barat. Maka terdapat jasad yang rezekinya terletak pada dua ribu tempat dan terdapat daripadanya (jasad) yang rezekinya terletak pada seribu tempat, dan terdapat daripadanya (jasad) yang rezekinya terletak di atas pintu rumahnya, ia datang kepadanya dan pergi sehingga (jasad itu) sampai ajalnya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 141, hadis nombor 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الحاكم من حديث أنس مرفوعا وفي إسناده: ضعفاء ومجاهيل. قال في اللآلىء: وله طريق أخرى رواها الديلمي ثم ذكره وهو أطول من هذا.
Al-Hakim meriwayatkan daripada hadith Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), sedangkan pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang lemah dan tidak dikenali. Al-Suyuthi berkata dalam kitabnya al-La’ali: Dan terdapat jalan riwayat lain, al-Dailami meriwayatkannya, kemudian dia menyebutkannya dan ia lebih panjang dari yang ini.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.