Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Allah menjadikan rezeki-rezeki dua ribu tahun sebelum mencipta jasad-jasad

Teks Bahasa Arab

حديث: خلق الله الأرزاق قبل الأجساد بألفي عام فبسطها بين السماء والأرض فضربتها الرياح فوقعت في المشارق والمغارب فمنه ما وقع رزقه في ألفي موضع ومنه ما وقع رزقه في ألف موضع ومنه ما ما وقع رزقه على باب داره يغدو إليه ويروح حتى يأتي أجله.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Allah menjadikan rezeki-rezeki dua ribu tahun sebelum mencipta jasad-jasad.Lalu Dia hamparkannya antara langit dan bumi lalu angin menghembusnya dan ia jatuh di suatu tempat di antara timur dan barat. Maka terdapat jasad yang rezekinya terletak pada dua ribu tempat dan terdapat daripadanya (jasad) yang rezekinya terletak pada seribu tempat, dan terdapat daripadanya (jasad) yang rezekinya terletak di atas pintu rumahnya, ia datang kepadanya dan pergi sehingga (jasad itu) sampai ajalnya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 141, hadis no. 3. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الحاكم من حديث أنس مرفوعا وفي إسناده: ضعفاء ومجاهيل. قال في اللآلىء: وله طريق أخرى رواها الديلمي ثم ذكره وهو أطول من هذا.

Al-Hakim meriwayatkan daripada hadith Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi), sedangkan pada sanadnya terdapat perawi-perawi yang lemah dan tidak dikenali. Al-Suyuthi berkata dalam kitabnya al-La’ali: Dan terdapat jalan riwayat lain, al-Dailami meriwayatkannya, kemudian dia menyebutkannya dan ia lebih panjang dari yang ini.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.