Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
جعلَ اللهُ الخيرَ كلَّه في الرَّبْعَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Allah menjadikan kebaikan keseluruhannya pada kesederhanaan (tidak berbadan tinggi dan tidak rendah).
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1830, hadis no. 9231. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((جعل الله الخير كله في الربعة)). [فر، ((الضعيفة)) (3469)].
(Lemah) Daripada 'Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Allah menjadikan kebaikan keseluruhannya pada kesederhanaan (tidak berbadan tinggi dan tidak rendah)." [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3469]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman