Allah mengutuskan unta Soleh

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

يبعث الله ناقة صالح فيشرب من لبنها هو و من آمن به من قومه و لي حوض كما بين عدن إلى عمان أكوابه عدد نجوم السماء فيستسقي الأنبياء ويبعث الله صالحا على ناقته قال معاذ بن جبل يا رسول الله وأنت على العضباء قال أنا على البراق يخصني الله من بين الأنبياء وفاطمة ابنتي على العضباء ويؤتى بلال على ناقة من نوق الجنة فيركبها وينادي بالأذان فيصدقه من سمعه من المؤمنين حتى يوافي الحشر ويؤتى بلال بحلتين من حلل الجنة فيكساهما فأول من يكسى من المسلمين بلال وصالح المؤمنين بعد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah mengutuskan unta Soleh. Maka baginda dan orang-orang yang beriman dari kalangan kaumnya minum susunya. Untuk aku pula sebuah telaga yang mana lebarnya dari ‘Adn ke Oman. Jumlah gelasnya seperti bintang-bintang di langit. Para nabi akan meminta untuk minum (dari telaga itu). Allah mengutuskan Soleh dengan (menunggang) untanya. Muaz bin Jabal berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu menunggang untamu al-‘Adhba’?” Baginda menjawab: “Aku akan menunggang Buraq yang Allah khususkan untuk aku berbanding para nabi yang lain. Fatimah anak perempuanku akan menunggang al-‘Adhba’. Bilal akan diberikan unta dari unta-unta syurga dan beliau akan menunggangnya sambil melaungkan azan. Orang mukmin yang mendengar laungan itu akan membenarkannya sehingga mereka melepasi mahsyar. Bilal akan diberikan dua pakaian dari pakaian-pakaian syurga dan beliau akan memakainya. Orang pertama dalam kalangan Muslim yang dipakaikan baju ialah Bilal. Seterusnya orang-orang mukmin yang soleh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1785, hadis nombor 8984. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن بريدة – رضي الله عنه – مرفوعاً: «يبعث الله ناقة صالح فيشرب من لبنها هو ومن آمن به من قومه، ولي حوض كا بين عدن إلى عمان، أكوابه عدد نجوم السماء، فيستسقي الأنبياء، ويبعث الله صالحاً على ناقته»، قال معاذ بن جبل: يا رسول الله وأنت على العضباء؟ قال: «أنا على البراق؛ يخصني الله به من الأنبياء، وفاطمة ابنتي على العضباء، ويؤتى بلال على ناقة من نوق الجنة فيركبها، وينادي بالأذان فيصدقه من سمعه من المؤمنين حتى يوافى المحشر، ويؤتى بلال بحلتين من حلل الجنة فيكساهما، فأول من يكسى من المسلمين بلال، وصالح المؤمنين بعد». ابن عساكر، «الضعيفة» [772)].

(Palsu) Daripada Buraidah RA, Nabi SAW bersabda: “Allah mengutuskan unta Soleh. Maka baginda dan orang-orang yang beriman dari kalangan kaumnya minum susunya. Untuk aku pula sebuah telaga yang mana lebarnya dari ‘Adn ke Oman. Jumlah gelasnya seperti bintang-bintang di langit. Para nabi akan meminta untuk minum (dari telaga itu). Allah mengutuskan Soleh dengan (menunggang) untanya. Muaz bin Jabal berkata: “Wahai Rasulullah, adakah kamu menunggang untamu al-‘Adhba’?” Baginda menjawab: “Aku akan menunggang Buraq yang Allah khususkan untuk aku berbanding para nabi yang lain. Fatimah anak perempuanku akan menunggang al-‘Adhba’. Bilal akan diberikan unta dari unta-unta syurga dan beliau akan menunggangnya sambil melaungkan azan. Orang mukmin yang mendengar laungan itu akan membenarkannya sehingga mereka melepasi mahsyar. Bilal akan diberikan dua pakaian dari pakaian-pakaian syurga dan beliau akan memakainya. Orang pertama dalam kalangan Muslim yang dipakaikan baju ialah Bilal. Seterusnya orang-orang mukmin yang soleh.” [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 772]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.