Allah mengutuskan Jibril kepadaku dengan sebaik-baik bentuk

TEKS BAHASA ARAB

أنزل الله إلي جبريل في أحسن ما كان يأتي صورة فقال: ‏إن الله -عز وجل- يقرئك السلام يا محمد! ‏ويقول لك: ‏إني أوحيت إلى الدنيا أن تمرري وتكدري ‏وتضيقي وتشددي على أوليائي، كي يحبوا لقائي، ‏وتسهلي وتوسعي وتطيبي لأعدائي، حتى يكرهوا لقائي، ‏فإني خلقتها سجنا لأوليائي، ‏وجنة لأعدائي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah mengutuskan Jibril kepadaku dengan sebaik-baik bentuk dan beliau berkata: “Sesungguhnya Allah azza wa jalla menyampaikan salam kepadamu, wahai Muhammad!” Dan Allah berfirman kepadamu: “Sesungguhnya Aku mengutuskan wahyu kepada dunia agar ia menjadi pahit, keruh, menyempitkan serta membebankan ke atas para wali-ku agar mereka suka untuk bertemu dengan-Ku. Aku mengutuskan wahyu kepada dunia agar memudahkan, memperluaskan dan memperelokkan untuk musuh-Ku agar mereka benci untuk bertemu dengan-Ku. Sesungguhnya Aku menciptakan dunia ini sebagai satu penjara buat para wali-Ku dan syurga buat musuh-Ku.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1974, hadis nombor 9869. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏منكر) ‏عن قتادة بن النعمان -رضي الله عنه- مرفوعا: «أنزل الله إلي جبريل في أحسن ما كان يأتي صورة فقال: ‏إن الله -عز وجل- يقرئك السلام يا محمد! ‏ويقول لك: ‏إني أوحيت إلى الدنيا أن تمرري وتكدري ‏وتضيقي وتشددي على أوليائي، كي يحبوا لقائي، ‏وتسهلي وتوسعي وتطيبي لأعدائي، حتى يكرهوا لقائي، ‏فإني خلقتها سجنا لأوليائي، ‏وجنة لأعدائي».
[‏ابن المرزبان ‏في «الفوائد»، ‏ابن عساكر، طب، «الضعيفة» (809)].

(Munkar)
Daripada Qatadah bin al-Nu’man RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah mengutuskan Jibril kepadaku dengan sebaik-baik bentuk dan beliau berkata: “Sesungguhnya Allah azza wa jalla menyampaikan salam kepadamu, wahai Muhammad!” Dan Allah berfirman kepadamu: “Sesungguhnya Aku mengutuskan wahyu kepada dunia agar ia menjadi pahit, keruh, menyempitkan serta membebankan ke atas para wali-ku agar mereka suka untuk bertemu dengan-Ku. Aku mengutuskan wahyu kepada dunia agar memudahkan, memperluaskan dan memperelokkan untuk musuh-Ku agar mereka benci untuk bertemu dengan-Ku. Sesungguhnya Aku menciptakan dunia ini sebagai satu penjara buat para wali-Ku dan syurga buat musuh-Ku.”
[Riwayat Ibn al-Marzuban dalam al-Fawaid, Ibn ‘Asakir dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 809].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.