Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أنزل اللهُ إلَيَّ جبريلَ في أحسنِ ما كان يأتي صورةً فقال: إنَّ اللهَ عَزَّ وجَلَّ يُقْرِئُكَ السلامَ يا مُحَمَّدُ! ويقولُ لك: إني أَوْحَيْتُ إلى الدنيا أن تَمَرَّرِي وتَكَدَّرِي و تَضَيَّقِي وتَشَدَّدِي على أوليائي، كي يُحِبُّوا لقائي وتَسَهَّلِي وتَوَسَّعِي وتَطَيَّبِى لأعدائي، حتى يَكْرَهوا لقائي فإني خلقتُها سِجْنًا لأوليائي، وجنةً لأعدائي.
Teks Bahasa Melayu
Allah mengutuskan Jibril kepadaku dengan sebaik-baik bentuk dan beliau berkata: “Sesungguhnya Allah azza wa jalla menyampaikan salam kepadamu, wahai Muhammad!” Dan Allah berfirman kepadamu: “Sesungguhnya Aku mengutuskan wahyu kepada dunia agar ia menjadi pahit, keruh, menyempitkan serta membebankan ke atas para wali-ku agar mereka suka untuk bertemu dengan-Ku. Aku mengutuskan wahyu kepada dunia agar memudahkan, memperluaskan dan memperelokkan untuk musuh-Ku agar mereka benci untuk bertemu dengan-Ku. Sesungguhnya Aku menciptakan dunia ini sebagai satu penjara buat para wali-Ku dan syurga buat musuh-Ku.
Sahabat Perawi
- Qatadah bin al-Nu‘man RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1974, hadis no. 9869. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن قتادة بن النعمان -رضي الله عنه- مرفوعا: «أنزل الله إلي جبريل في أحسن ما كان يأتي صورة فقال: إن الله -عز وجل- يقرئك السلام يا محمد! ويقول لك: إني أوحيت إلى الدنيا أن تمرري وتكدري وتضيقي وتشددي على أوليائي، كي يحبوا لقائي، وتسهلي وتوسعي وتطيبي لأعدائي، حتى يكرهوا لقائي، فإني خلقتها سجنا لأوليائي، وجنة لأعدائي». [ابن المرزبان في «الفوائد»، ابن عساكر، طب، «الضعيفة» (809)].
(Munkar) Daripada Qatadah bin al-Nu'man RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): “Allah mengutuskan Jibril kepadaku dengan sebaik-baik bentuk dan beliau berkata: “Sesungguhnya Allah azza wa jalla menyampaikan salam kepadamu, wahai Muhammad!” Dan Allah berfirman kepadamu: “Sesungguhnya Aku mengutuskan wahyu kepada dunia agar ia menjadi pahit, keruh, menyempitkan serta membebankan ke atas para wali-ku agar mereka suka untuk bertemu dengan-Ku. Aku mengutuskan wahyu kepada dunia agar memudahkan, memperluaskan dan memperelokkan untuk musuh-Ku agar mereka benci untuk bertemu dengan-Ku. Sesungguhnya Aku menciptakan dunia ini sebagai satu penjara buat para wali-Ku dan syurga buat musuh-Ku.” [Riwayat Ibn al-Marzuban dalam al-Fawaid, Ibn ‘Asakir dan al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 809].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman