Allah mengutus Jibril kepada Adam dan Hawa

TEKS BAHASA ARAB

بعث الله جبريل إلى آدم وحواء فقال لهما: ابنيا لي بيتا، فخطَّ لهما جبريل، فجعل آدم يحفر وحواء تنقل حتى أجابه الماء، ثم نودي من تحته: حسبك يا آدم! فلما بنياه أوحى الله إليه أن يطوف به، وقيل له: أنت أول الناس، وهذا أول بيت، ثم تناسخت القرون حتى حجه نوح، ثم تناسخت القرون حتى رفع إبراهيم القواعد منه


TEKS BAHASA MALAYSIA

Allah mengutus Jibril kepada Adam dan Hawa dan dia berkata kepada mereka: Binakanlah aku sebuah rumah, lalu Jibril menggambarkan kepada mereka. Lalu Adam mula menggali tanah dan Hawa memindahkanya sehinggalah keluarnya air, kemudian diseru daripada bawahnya: Cukuplah wahai Adam! Apabila mereka berdua telah selesai membinanya maka Allah memerintahkan Adam untuk bertawaf di kelilingnya lalu dikatakan kepadanya: Engkaulah manusia yang pertama dan ini adalah rumah (ibadah) yang pertama, kemudian berlalulah beberapa kurun sehinnga Nuh melakukan haji di tempat itu, kemudian berlalulah beberapa kurun sehingga Ibrahim meninggikan asas binaan (Kaabah) daripadanya


STATUS

Munkar


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1665, hadis nombor 8409. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat ringkas tentang hadis Abdullah bin 'Amru bin Al-'As RA ini yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat al-Baihaqi dalam Dalail al-Nubuwwah dan Ibn Asakir.

Ia dinilai munkar oleh al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs