Allah mengurniakan iman kepada hamba yang dicintaiNya sahaja

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من أحد بأكسب من أحد ، وما من عام بأمطر من عام، ولكن الله يصرفه حيث يشاء، وإن الله يعطي المال من يحب ومن لا يحب، ولا يعطي الإيمان إلا من يحب، فإذا أحب الله عبدا أعطاه الإيمان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada seorang pun yang lebih banyak mendapat keuntungan dari seseorang yang lain, tiada tahun yang lebih banyak hujan dari tahun yang lain, namun Allah menentukan apa yang Dia mahu, sesungguhnya Allah memberi harta kepada orang yang Dia suka dan tidak suka, namun Dia tidak memberikan iman kecuali kepada yang Dia suka, jika Allah menyukai seseorang hamba, Allah akan memberikannya iman.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 630 – 631, hadis nombor 3279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :((ما من أحد بأكسب من أحد ، وما من عام بأمطر من عام، ولكن الله يصرفه حيث يشاء، وإن الله يعطي المال من يحب ومن لا يحب، ولا يعطي الإيمان إلا من يحب، فإذا أحب الله عبدا أعطاه الإيمان)). [عق، ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5772)].

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata: Nabi SAW bersabda: “Tiada seorangpun yang lebih banyak mendapat keuntungan dari seseorang yang lain, tiada tahun yang lebih banyak hujan dari tahun yang lain, namun Allah menentukan apa yang Dia mahu, sesungguhnya Allah memberi harta kepada orang yang Dia suka dan tidak suka, namun Dia tidak memberikan iman kecuali kepada yang Dia suka, jika Allah menyukai seseorang hamba, Allah akan memberikannya iman.”
[Riwayat Al-Uqaili dalam al-Dhu'afa’ al-Kabir dan Ibn Hibban dalam al-Thiqat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5772].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.