TEKS BAHASA ARAB
إذا أراد الله بقوم خيرا؛ أكثر فقهاءهم، وقلل جهالهم، حتى إذا تكلم العالم؛ وجد أعوانا، وإذا تكلم الجاهل قهر. وإذا أراد الله بقوم شرا؛ أكثر جهالهم، وقلل فقهاءهم، حتى إذا تكلم الجاهل؛ وجد أعوانا، وإذا تكلم الفقيه؛ قهر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Apabila Allah menginginkan kebaikan pada suatu kaum; Allah perbanyakkan fuqaha’ dalam kalangan mereka dan mengurangkan orang-orang jahil dalam kalangan mereka hingga apabila orang alim berbicara, dia mempunyai penolong-penolong dan apabila orang jahil berbicara, dia dikalahkan (ditundukkan). Dan apabila Allah mahukan keburukan pada suatu kaum; Allah perbanyakkan orang-orang jahil dalam kalangan mereka dan mengurangkan fuqaha’ dalam kalangan mereka hingga apabila orang jahil berbicara, dia mempunyai penolong-penolong dan apabila orang faqih berbicara, mereka dikalahkan (ditundukkan).
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1243, hadis nombor 6347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن حبان بن أبي جبلة، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أراد الله بقوم خيرا؛ أكثر فقهاءهم، وقلل جهالهم، حتى إذا تكلم العالم؛ وجد أعوانا، وإذا تكلم الجاهل قهر. وإذا أراد الله بقوم شرا؛ أكثر جهالهم، وقلل فقهاءهم، حتى إذا تكلم الجاهل؛ وجد أعوانا، وإذا تكلم الفقيه؛ قهر.
[الخطيب في ((الفقيه والمتفقه))، ((الضعيفة)) (2221)]
(Lemah)
Daripada Hibban bin Abi Jabalah, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apabila Allah menginginkan kebaikan pada suatu kaum; Allah perbanyakkan fuqaha’ dalam kalangan mereka dan mengurangkan orang-orang jahil dalam kalangan mereka hingga apabila orang alim berbicara, dia mempunyai penolong-penolong dan apabila orang jahil berbicara, dia dikalahkan (ditundukkan). Dan apabila Allah mahukan keburukan pada suatu kaum; Allah perbanyakkan orang-orang jahil dalam kalangan mereka dan mengurangkan fuqaha’ dalam kalangan mereka hingga apabila orang jahil berbicara, dia mempunyai penolong-penolong dan apabila orang faqih berbicara, mereka dikalahkan (ditundukkan).
[Riwayat al-Khatib dalam al-Faqih wa al-Mutafaqqih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2221]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.