Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ؛ حَدَّ اللّهُ الَّذِينَ شَتَمُوا عَاِئشَةَ ثَمَانِينَ ثَمَانِينَ عَلَى رُؤُوسِ الْخَلَائِقِ، فَيَسْتَوْهِبُ رَبِّي الْمُهَاجِرِينَ مِنْهُمْ فَأَسْتَأْمِرُكِ يَا عَائِشَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Apabila tibanya hari kiamat, Allah menghukum orang-orang yang telah menuduh 'Aishah sebanyak 80 kali di hadapan semua makhluk, lalu Tuhanku meminta orang-orang muhajirin dalam kalangan mereka, kemudian aku akan meminta arahanmu wahai 'Aishah!.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1300, hadis no. 6650. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA, katanya: Rasulullah SAW pernah bersabda: Apabila tibanya hari kiamat, Allah menghukum orang-orang yang telah menuduh 'Aishah sebanyak 80 kali di hadapan semua makhluk, lalu Tuhanku meminta orang-orang muhajirin dalam kalangan mereka, kemudian aku akan meminta arahanmu wahai 'Aishah!. 'Aishah telah mendengar ucapan tersebut lantas beliau menangis dan ketika itu, beliau berada di rumah. Kemudian 'Aishah berkata: Demi Tuhan yang telah mengutuskan engkau dengan kebenaran sebagai seorang nabi! Sesungguhnya kegembiraanmu lebih baik berbanding kegembiraanku. Lalu Rasulullah SAW pun tersenyum sambil ketawa, lalu baginda bersabda: Anak perempuan kepada ayahnya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6605].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman