Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya

TEKS BAHASA ARAB

لأبشرنك بها يا علي فبشر بها أمتي من بعدي الصدقة على وجهها واصطناع المعروف وبر الوالدين وصلة الرحم تحول الشقاء سعادة وتزيد في العمر وتقي مصارع السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Akan aku berikan berikan khabar gembira tentangnya wahai Ali! Dan khabarkanlah ia kepada umatku selepasku, iaitu: Sedekah pada tempatnya, melakukan perkara ma’ruf, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan menyambung silaturrahim, akan mengubah kesengsaraan menjadi kebahagiaan, menambahkan umur, dan menjauhkan diri dari keburukan.

STATUS

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 881, hadis nombor 4525. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن الأوزاعي قال: قدمت المدينة، فسألت محمد بن علي بن الحسين بن علي بن أبي طالب عن قوله عز وجل: (يمحو الله ما يشاء ويثبت وعنده أم الكتاب)؟ فقال: نعم، حدثنيه أبي عن جده علي بن أبي طالب كرم الله وجهه، قال: سألت عنها رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، فقال: (لأبشرنك بها يا علي! فبشر بها أمتي من بعدي: الصدقة على وجهها، واصطناع المعروف، وبر الوالدين، وصلة الرحم؛ تحول الشقاء سعادة، وتزيد في العمر، وتقي مصارع السوء). [حل، ((الضعيفة)) (3795)]

(Lemah)
Daripada al-Auzaie berkata: Aku mendatangi Madinah dan aku bertanya kepada Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abi Talib tentang firman Allah SWT: “Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan". Beliau berkata: Ya, ia diceritakan oleh ayahku dari datuknya Ali bin Abi Talib Karrama Allahu Wajhah. Beliau berkata: Aku bertanya tentangnya kepada Rasulullah SAW dan baginda bersabda: “Akan aku berikan berikan khabar gembira tentangnya wahai Ali! Dan khabarkanlah ia kepada umatku selepasku, iaitu: Sedekah pada tempatnya, melakukan perkara ma’ruf, berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan menyambung silaturrahim, akan mengubah kesengsaraan menjadi kebahagiaan, menambahkan umur, dan menjauhkan diri dari keburukan.”
[Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3795]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs